Luahan Isteri Terseksa Menanggung Tidak Dapat Menahan Suami Gagal Memberi Nafkah Batin.



Assalamualaikum semua..


Saya nak tanya pendapat dan mungkin ada antara rakan halaqah yang boleh beri saya panduan sebab  saya dah letih sebenarnya dengan 'tabiat' suami saya ni..

Dipendekkan cerita saya telah mendapat beberapa 'petunjuk' melalui phone suami sejak mula berkahwin dulu yang memberi gambaran bahawa suami saya seorang lelaki yang meminati kaum sejenisnya.

Saya pernah bertanya suami tetapi dia tak mengaku dan beri macam-macam alasan. Malah, saya pula dimarahi suami kerana menyelongkar phone suami.

Sehingga luahan perasaan saya ini ditaip dlm forum halaqah ini..sebentar tadi saya mengintai suami yang sedang kusyuk melihat gambar sesuatu dalam phone dia..dalam keadaan yang antara nampak dan tidak..samar-samar..saya seperti melihat gambar lelaki separuh bogel.

Umur suami saya sekarang sudah menginjak ke 42 tahun...sedihnya jika dia masih dalam alam begitu. Saya selalu berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada suami seterusnya mengubah suami menjadi normal.

Untuk pengetahuan, suami saya jika dilihat orang luar dia memang seorang yang baik..ramah..manis mulut..rajin ke surau..rajin melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, tidak tinggal solat dan solat juga di awal waktu malah rajin berpuasa sunat.

Tapi hanya saya..saya yang menjadi isterinya saja yang tahu dia bagaimana. Saya sayangkan suami..masih boleh menerimanya untuk terus hidup bersama sehingga akhir hayat dan mudah-mudahan ke Jannah jika diizinkan Allah.

Tapi saya sedih dan kecewa dia tetap dengan nafsu ke arah itu. Kurang memberikan nafkah batin kepada saya. Saya ada merujuk hal ini ke pejabat agama tetapi disarankan saya meminta fasakh. Tetapi bila pulang..melihat anak-anak dan merenung semula nasib saya jika membesarkan mereka bersendirian, saya tidak jadi menuntut fasakh.

Apakah yang perlu saya lakukan...adakah lagi isteri diluar sana yang senasib dengan saya? memilih untuk bersama suami walaupun menderita batin dengan niat mahu membimbing dan mengubah suami..


Jawapan:



يَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling mengintai-ngintai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Bagi pendapat saya secara peribadi,yang hanya membaca dari tulisan puan.saya agak puan hanya curiga / sangsi /syak tanpa sebarang bukti atau saksi yang boleh menguatkan lagi dakwaan puan.andai benar sangkaan puan,mungkin suami puan meminati atau nalurinya suka kepada kaum sejenis tetapi tidaklah sampai kepada melakukan hubungan sejenis.mungkin juga suami puan sendiri sedang cuba dan berusaha untuk mengawal diri, nyatanyanpuan dah lama berkahwin dan sudah punyai zuriat.

Banyakkan beristigfar dan cuba kawal perasaan dan hati dari mencurigai atau berperangsaka begitu pada suami, bila ada lintasan yg negatif, beristigfar dan berdoalah di dalam hati dengan doa2 yang baik untuk suami dan keluarga.

Bayangkanlah jika telahan saudari silap...agak2 apa perasaan suami? Dan andainya sangkaan puan betul, tetapi suami puan sedang berusaha merawat diri dengan kerap berjemaah di masjid,sembahyang di awal waktu,berpuasa dan sebagainya untuk mengubat nuraninya..

sedangkan puan menekan dan mendesaknya dengan perkara sebegitu..agak2 adakah puan dapat keluar dari konflik atau tidak? Cuba letakkan diri puan ditempat suami puan berada sekarang dan memiliki pasangan seperti puan sekarang..cuba,cuba dan teruskan berdoa.apapun hakikatnya, hanya kepada Allah tempat kita bergantung dan mengharap....bukankah, DIA jugalah pencipta cinta yang menghadirkan perasaan sayang dan kasih sesama insan..

Mungkin juga puan tak selesa dengan pandangan saya, cuma sebagaimana yang saya nyatakan,ini hanyalah sekadar pandangan hamba yang masih cetek dalam ujian hidup.

bagi saya, kebanyakan prasangka itu adalah doa..jadi elakkan berprasangka buruk walau kepada siapa pun,tak kiralah siapa pun dia.sebolehnya duduk berbincang dalam suasana yang tenang,jangan terus dihujani dengan soalan2 yang boleh dianggap seperti peluru yang menembak sasaran.berbicara dari hati ke hati..dan bila suami dah menafikan, cubalah untuk menerimanya dan berdoa agar apa yang dikata itu benar dan berdoa semoga hati ini tenang dan dijauhkan dr prasangka.

Apapun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, lain padang lain belalang, sekali pasir bah sekali pasirnya pun berubah...papepun manusia boleh berubah dan sama-samalah kita berdoa moga perubahan itu adalah kearah yang lebih baik.

Hidup di dunia ni ibarat satu persinggahan...hidup berumah tangga merupakan suatu perjalanan yang memerlukan komitment semua pihak untuk sama2 melaksanakan amanah dan tuntutan hidup selari dengan tuntutan agama...untuk beribadah kepada NYA.

Maaf andai ada pandangan yang tak menyenagkan.


No comments

Powered by Blogger.