HARAM Bagi Penganut ISLAM Menggunakan Mesin Basuh Awam. - Dr. Ustaz Rozaimi.


Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.
2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.
3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.
Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.
Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.
فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].
5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.
Wallahua’lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

19 comments:

  1. Duit yg dia pegang pun haram... meh bg sy...kikikik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ni bukan kira tajuk mengundang fitnah. Dah mmg terang2 fitnah ustaz tu sbb quote nama ustaz di tajuk yg menyimpang. Sila lah bertaubat. Tolong la rasa takut pada dosa fitnah. Dosa besar tu

    ReplyDelete
  4. Korang ni takde kerje łain ke? Guna la otak tu untuk kejayaan daripada kemunduran.

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah..
    Get a life lah people!
    Why burdening yourself?
    If not, everything in this world all haram for you... or just stay in the cave..

    ReplyDelete
  6. Tajuk cakap lain, ustaz tu cakap lain... Owner blogspot ni tau tak dia dah buat bende yang haram?

    ReplyDelete
  7. Go die lah...kau masih untung malaysia ni aman

    ReplyDelete
  8. Ubah tajuk tu. Lari jauh dari kandungan artikel. Webpage yang jenis macam ni la yang buat inténet penuh dengan sampah sarap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuuu!!! PAGE MCMNI LAH YG MENGUNDANG KEBENCIAN PADA ISLAM!

      Delete
  9. kau x fikir ke orang bukan islam baca tajuk kau pun orang dah benci islam. dekat dalam pula isi lain. tolong la jangan wujud orang bodo mcm ni

    ReplyDelete
  10. Biarlah mereka maki kita x suci, asal kita bersabar dan x ikut gaya mereka boleh sudah

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Probably the cloth from which your religious robe was sewed were made by kafirs. You should not use washing machine, either, because they were made by kafirs. You should also stop touching money, or use a phone or car because they were mostly invented and made by kafirs.

    This world is doomed because of idiots and brainless parasites like you.

    ReplyDelete
  13. Admin sila pakai otak. Jangan buat non muslim salah faham

    ReplyDelete
  14. apa punya tajuk berita la. mohon admin tukar tajuk tu. ramai non muslim yg salah anggap dari tajuk ni. tolonglah. nak publisiti agak2 la. ni berkaitan agama islam.

    ReplyDelete
  15. DEMI KESELAMATAN AKHIRAT SAUDARA, BUANGLAH ARTIKEL INI, INGATLAH SEGALA YANG DIPOST AKAN DITANYA...

    ReplyDelete
  16. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya

    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!

    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik

    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery

    -----------------------------------------------------------------------

    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%

    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook

    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game

    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb

    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin

    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%

    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%

    - Bonus Cashback Sportbook 5%

    - Bonus Cashback Sabungayam 5%

    - Bonus Referall 2% Semua Game

    - Bonus Referall 1% dari member Togel

    Contact Us Now :

    �� Livechat Casinobet77

    �� whatsapp : +85599495431

    �� PIN BBM : D6235F1C

    �� Wechat : casinobet77cs1

    �� Line : casinobet77

    �� skype : casinobet77

    �� Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.