Kalau Nak Tidur Lena Waktu Hamil, Amal 5 Tip Ini.
Semakin kandungan membesar, semakin tidak selesa pergerakan bakal ibu. Waktu tidur adalah masa yang paling mencabar . Walaupun ia adalah masalah biasa tetapi kekurangan tidur boleh membuatkan ibu menjadi letih dan tidak bermaya.
Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan selesa, ibu boleh mempraktiskan beberapa panduan berikut:
1. Kurangkan minum
Minum air sebanyak-banyaknya pada waktu siang tetapi menjelang waktu tidur, kurangan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini bagi mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.
2. Tidur siang
Sekiranya tidak dapat tidur yang cukup pada waktu malam, anda mestii mencari masa untuk melelapkan mata seketika pada waktu siang. Ini membantu mengurangkan keletihan. Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda.
3. Senam di siang hari
Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tetapi elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.
4. Atasi pedih ulu hati
Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. Elakkan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.
5. Betulkan posisi tidur
Dalam trimester ketiga, amalkan tidur mengiring. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.
Selamat mencuba! Kongsikan artikel jika anda rasa ia bermanfaat
Post a Comment