Bakal Suami Jadi Keliru Kerana Isteri Yang Bakal Dinikahi Adalah Seorang Berstatus Janda.



Saya jatuh cinta dengan wanita anak dua apabila kami berkenalan menerusi Internet pertengahan tahun lalu. Saya menyukai sikapnya yang sering mengambil berat dan pandai menjaga anak. Kami bertemu janji lima kali kerana kami tinggal berjauhan.

Saya di utara tanah air dia pula di selatan. Dia mampu berdikari meskipun bercerai pada usia muda serta tegas sehingga membuatkan saya terpikat.

Anak-anaknya sangat hormat dan matang meskipun baru berusia 9 dan 10 tahun. Apabila saya bertanya mengenai punca penceraian, dia hanya menyatakan tiada jodoh serta meminta saya menghormati privasinya.

Saya perlu tahu punca perceraiannya supaya masalah tidak timbul apabila kami berkahwin kelak. Saya pernah bertanya pendapat ibu, dia tidak kisah saya mengahwini janda mahupun anak dara. Yang penting calon isteri baik dan pandai mengenai hal agama.

Saya merancang ingin bertunang dan mengenali si dia lebih dekat. Adakah ia sesuai?

ASWAD,Masjid Tanah Melaka.

No comments

Powered by Blogger.