13 Perkara Yang Korang Patut Tahu Apabila Bercinta Dengan Suami Atau Isteri Orang.




Bila bercakap pasal bercinta dengan suami orang, persepsi negatif di kalangan masyarakat kita membuak-buak macam gunung berapi yang baru meletus.


Kesannya melibatkan banyak perkara terutamanya hati dan perasaan.

Kalau tengok artikel-artikel macam ni kat Facebook, paling berlambak ‘like’ dan paling orang suka baca terutamanya yang pernah jadi kat diri sendiri.

Pada awek-awek kat luar sana yang sedang bercinta dengan suami orang tu mungkin anda kata ‘Eh, tak jadi apa-apa pun kat aku, aku bahagia je dengan si dia’.

Hah Jangan rasa selesa sangat! Belum lagi tu.

Tambah-tambah lagi anda penyebab rumah tangga orang lain hancur, still rasa bahagia ke?

Tapi si suami ni kadang-kadang bijak sorokkan status.

Akhirnya perempuan naif ni terus jatuh cinta tanpa mengetahui si dia milik orang lain.

Bila dah terlajak bercinta susahlah nak patah balik kan?

Okey lah sekarang anda boleh buat checklist adakah perkara di bawah ni sudah berlaku kepada anda?

Jika berlaku mungkin masa terbaik untuk mengundur diri yang mana sepatutnya dari awal lagi anda patut elakkan bercinta dengan suami orang jika anda tahu.

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas

Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tibaisteri si dia telefon suruh balik.

Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mencuri masanya.

Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa denganisterinya bukan dengan anda.


Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar

Part ni paling susah dan leceh! Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama. Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan.

Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia curang.

Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung.

Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah!

3. Sering Memberi Arahan

Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya.

Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur.

Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia.

Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

4. Rasa Tak Selamat
Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi. Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.

Lagi power kalau dia bawak geng! Jangan main-main dengan isteri yang dirampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

Lebih parah, kalau isterinya hantar sihir kat anda, tiap hari boleh muntah darah tau.

5. Makan Hati

Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih. Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri.

Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia. Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu?

Cemburunya tentu lebih hebat.

6. Sering Menerima Alasan

Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari. Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya.

Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.

Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

7. Di Pandang Negatif

Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.

Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

8. Rasa Bersalah

Hati anda rasa tak tenteram. Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.

Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya? Anda tersepit dalam situasi yang sukar.

Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan
Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.

Bila bosan si dia akan jumpa anda. Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.

Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.

Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya.

Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

10. Suami Akan Menipu Isterinya

Biasalah dah nama pun curang, penipuan dah jadi makanan. Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda. Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam.

Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya. Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga

Bagi para isteri, suami yang curang adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga.

Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bermatian untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.

Andalah puncanya!

Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang.

Itulah kelemahannya yang terbesar!

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab

Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak.

Kini masanya diberikan pada anda.

Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.

Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.

Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

13. Bahagia Sukar Dikecapi

Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.

Anda perlu berperang sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak. Tetapi itu bukan persoalannya.

Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain?

Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?

Bagaimana Kalau Dah Jodoh?

Itu soalan yang selalu kita dengar kalau dah malas nak bertekak.

Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah, tetapi kita perlu usaha terlebih dulu untuk elakkan diri kita dengan laki orang.

Jika hubungan anda baru di peringkat permulaan, sebaiknya anda selidik dulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya anda tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang.

Ingat! Jangan jadikan diri anda terlalu mudah untuk didekati!-ohmymedia.tv .

No comments

Powered by Blogger.