Ini Semua Salah Abang, Semua Bini Pun Akan Lari Kalau Suami Tak Jaga Bini - Yat Zakie.


Nota Azyumiko : Diceritakan oleh facebook milik Yat Zakie . Cerita ini benar berlaku dan tidak mustahil akan berlaku jika tidak diambil ikhtibar dan pengajaran . Take note semua lelaki yang bergelar suami dan bakal bergelar suatu hari nanti , tugas menjaga anak adalah ANDA . Isteri dah sakit melahirkan zuriatmu untuk keturunanmu . Hargailah dia .


Kadang-kadang bila keluar berjalan ke tempat-tempat awam.. pasti ada terlihat situasi atau fenomena yg meruntun jiwa.Paling kerap jumpa:-
Kat kedai makan..
Isteri dah macam octopus pegang baby, suap anak pastu anak lagi sorang nak berak lah apelah..si suami makan dengan tenang setenang air dikali sambil tangan pegang hp scroll-scroll fb, belek dan like kat ig, senyum-senyum siamang baca wassap!
Kat parking kereta..
Isteri basah ketiak masukkan anak dalam kereta. Lipat stroller,masukkan barang-barang yang dibeli. Si suami main hp sambil hisap rokok kat tepi. Yang jenis mcm ni.. harap badan kau je sado bang tapi lagi baik kau jadi pondan jer.
Atas eskalator..
Bapa pegang hp lebih erat lagi daripada pegang anak. Anak main-main tali eskalator..si adik lompat-lompat atas eskalator. Ya ampunnnnn...kakak rasa nak bagi flying kick saje daripada belakang biar kau tersungkur dan tertelan hp tu..tu yang selalu gamaknya terdengar kaki anak tersepit eskalator..
Dalam shopping mall..
Si suami jalan sepelaung ke depan. Si isteri dengan bawak perut dah sarat kepit anak kecik dengan anak besar dengan jinjit barag n handbag lagi. Terkedek-kedek tertinggal di belakang.Ni mesti kes takut scandal nampak kau dah berbini kan?itu kejadian diluar rumah, yang nampak dimata masyarakat. Yang kita tidak nampak?? Entah apa lagi
yang perlu dihadap dirumah.Barangkali..isteri buat keje macam nak pitam si suami goyang tutt sambil main hp dan seronok-seronok tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tengok cite fav dia kat tv!
Pernah kakak terbaca...Ada suami yang masih dikategorikan tak tahu nak menguruskan anak walaupun dah beranak pinak. Tak tau jaga anak, mandikan anak, pujuk anak, buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar pampers anak. Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu. Nasib baik kau tahu buat anak!
Laaa... bang???? Kalau nak belajar berenang. Abang kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi kena menyanyi. KALAU NAK PANDAI JAGA ANAK KENA JAGA ANAK!! Ni masalahnya bukan kau tak tau tapi kau yang malas nak amik tau.
Hairan sungguh kakak hairan!
Orang lelaki kenapa gentlemannya hanya time mengorat? Bila dah kawen dah beranak pinak automatic korang transform jadi heartless kalah boss korang kat pejabat. Kat pejabat pandai plak kau kecut tutt..balik rumah kau pretend like a boss n ur wife like a bibik! Bila poket kering tengah bulan pandai plak manis muka suh bini tong tong..tapi kerja rumah kenapa tak nak tong tong sekali??Apa korang fikir orang pompuan ni bila selesai akad nikah nak serah body dia untuk angpa bagi susah ka? Untuk angpa siat-siat hati dan perasaan dia ka even kesenangan dan kemewahan tak mampu kau bagi?
Lately kakak selalu nampak perkara-perkara mcm ni..dan ada kenalan kakak yang menghadapi perkara-perkara mcm ni.. suami pemalas, suami curang, suami suka main coc, suami rampas isteri anak buah..Omg!! Apa nak jadilah dgn dunia sekarang??Aduhaii kaum perempuan..bertabahlah walaupun kau solat pun dihujung-hujung waktu.. tak sempat mandi seharian buat keje umah muka pun dah mcm mak lampir suami plak salahkan isteri dah tak cantikla.. dah tak wangi la.. jangan salahkan diri anda.. sebab si dia kalau kawen lagi 74 kali punnn ... semua bini-bini dia turut akan jadi mak lampir.. sebab kau yang tak pandai jaga bini bai! Dan untuk semua isteri-isteri seperti dalam cerita di atas ini.. u are superwoman! Even suatu hari kau 'dibuang' jangan gundah kerana kau telah terbiasa dgn 1001 kepayahan. U gonna survive! Dan buat yang masih bertahan..insyaallah ganjaran Allah untuk kamu..disana nanti kamulah diantara bidadari-bidadari yang plg tercantik.
Dan jauhkanlah keturunanku dan zuriat lelakiku daripada menjadi spesies rare-type-mintak nak kena lempang beramai-ramai ni, Ya Alllah. Insyaallah. Amin-aminn 




Sumber : Yat Zakie

No comments

Powered by Blogger.