Ulat Mengelikan Ini Ditemui Di Belakang Rumah, Lihat Apa Yang Terjadi Dengan Ulat Ini Jika Dibiarkan Hidup.


Setiap makhluk bernyawa adalah wajar dibiarkan hidup selagi ia tidak membahayakan. Siapa tahu ia akan menjadi makhluk yang cantik satu hari nanti.
Seorang pengguna Twitter bernama Mahithoughts telah menjumpai beberapa ekor ulat besar yang aneh ketika sedang menggali tanah di taman belakang rumahnya. Dia dan abangnya sedang menggali dan menggembur tanah dengan meletakkan sedikit longgokan mulsa apabila menemui makhluk aneh ini.
Semakin digembur tanah itu semakin banyak ulat besar yang mereka temui. Mereka tidak tahu yang ulat itu akan menjadi apa selepas itu dan apa yang boleh dibuat dengannya. Sehingga ke satu tahap mereka ingin membakarnya sahaja.
Namun niat jahat itu dihentikan dan timbul rasa kasihan lalu mereka membiarkan kesemua ulat-ulat besar tidak bersalah itu untuk hidup.
Mereka memberikan makanan cebisan pisang kepada ulat-ulat besar itu, dan selepas itu membiarkan ulat-ulat aneh itu hidup di dalam bekas yang dipenuhi mulsa. Beberapa minggu kemudian mereka berasa terkejut melihat apa yang telah terjadi kepada ulat-ulat yang dibiarkan hidup itu.
Mereka berasa sangat lega kerana tidak membunuh kesemua ulat besar yang aneh itu kerana sebenarnya mereka telah membantu membiakkan satu spesis haiwan yang cantik.
Makhluk yang hodoh dan menggelikan itu telah bertukar menjadi kumbang yang sangat cantik. Mereka berasa sangat gembira kerana telah membiarkan ulat-ulat aneh itu hidup dan selamat.
Dengan itu, kumbang-kumbang itu amat sesuai dibiarkan di taman rumah mereka kerana ia dapat menyeimbangkan ekosistem dan alam semulajadi. Kumbang-kumbang itu kemudian dibiarkan terbang dengan bebas dan dilepaskan semula ke habitat semulajadinya.
Mahithoughts berkata dia mendapat pengajaran dengan membiarkan kesemua ulat besar aneh itu hidup dengan selamat iaitu kadangkala ada makhluk yang kita berasa takut dengan kehodohannya, akan berakhir menjadi makhluk paling cantik yang akan kita kagumi.







1 comment:

  1. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya

    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!

    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik

    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery

    -----------------------------------------------------------------------

    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%

    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook

    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game

    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb

    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin

    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%

    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%

    - Bonus Cashback Sportbook 5%

    - Bonus Cashback Sabungayam 5%

    - Bonus Referall 2% Semua Game

    - Bonus Referall 1% dari member Togel

    Contact Us Now :

    �� Livechat Casinobet77

    �� whatsapp : +85599495431

    �� PIN BBM : D6235F1C

    �� Wechat : casinobet77cs1

    �� Line : casinobet77

    �� skype : casinobet77

    �� Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.