Keadaan Sebenar Semasa Anjuran Buffet Raja Buah Di Selangor Sangat Mengecewakan.


KAKI durian sekali lagi hampa apabila penganjuran Festival Durian Kendurian 2017 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, hari ini terpaksa dihentikan sementara waktu berikutan raja buah itu masih tidak masak atau mengkal.
Pengunjung tiba seawal 7.30 pagi dan tertumpu di gerai durian berkenaan namun hanya 60 orang saja berpeluang menikmati raja buah itu yang sudah masak.
Namun pada 11.30 pagi tadi kaki durian hampa apabila diberitahu penganjur program itu terpaksa dihentikan sementara berikutan hanya tinggal durian mengkal saja.
Penganjur, Farid Hilmi, 26, berkata, program itu akan disambung semula apabila buah berkenaan sudah boleh dimakan.
"Kami mohon maaf kerana perkara sama berulang sekali lagi apabila terpaksa menghentikan festival ini buat sementara waktu kerana tidak adil bagi pengunjung dihidangkan dengan durian yang kualitinya kurang baik.
"Jika diteruskan, ia seperti menipu pelanggan dan boleh menimbulkan masalah lebih besar. Kami memohon maaf," katanya.
Menurut Farid, pihaknya terpaksa melakukan proses memerap durian mengkal semalam sehingga buahnya boleh dimakan hari ini.
"Buat masa sekarang kami tidak dapat memberi kata putus bilakah durian ini dapat dihidangkan kepada pengunjung.
"Semalam perkara sama juga kami lakukan dan kami perap sehari. Kami diberitahu pembekal durian akan masak pada hari ini, namun masih ada yang mengkal. Kami buntu," katanya.
Semalam penganjur turut menghadapi masalah sama apabila hanya 200 kilogram durian daripada 15 tan yang sampai boleh dinikmati pengunjung manakala selebihnya mengkal.
Setiap pengunjung yang mahu menikmati raja buah itu dikenakan bayaran RM19 seorang namun bagi durian yang mengkal penganjur memulangkan semula wang mereka.
Pada program hari ini, hanya 60 orang saja berpeluang menikmatinya.
Selepas program berkenaan dihentikan kaki durian semakin berkurangan kerana sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Siti Roslina Rosli, 42, dari Balakong berkata, dia kecewa apabila tidak dapat menikmati raja buah itu.
"Saya sangka hari ini masalah semalam sudah selesai namun apabila sampai di sini tak dapat makan juga.
"Tak ada rezeki saya hari ini," katanya.
Pelancong dari Singapura, Andy Ang, 47, berkata, dia baru tiba ke negara ini dan selepas mendapat tahu festival itu terus datang ke lokasi namun hampa apabila program itu dihentikan.
"Saya peminat buah ini dan apabila dapat tahu program ini saya terus ke sini.
"Saya berharap petang ini dapat merasai keenakan buah ini," katanya.
Bagaimanapun Joyce Yong, 38, bertuah kerana dapat menikmati keenakan buah berkenaan berikutan sudah menunggu sejak semalam lagi.
"Hari ini saya sangat bertuah kerana sejurus tiba 9 pagi tadi saya terus berjumpa penganjur sebelum dibenarkan masuk untuk menikmati durian.
"Kami tidak perlu beratur dan kami makan sebanyak yang mungkin dan berterima kasih kepada penganjur kerana menyediakan durian yang sangat sedap dan baik," katanya yang berasal dari Sarawak.
Menurutnya, kualiti durian yang diberikan memang elok serta kombinasi rasa pahit dan manis seperti durian mahal.
Joyce bersama rakannya sudah datang semalam namun hampa kerana tidak dapat menikmati keenakan raja buah itu.
Berita berkaitan:

1 comment:

  1. Agen Bola Online & Casino Online Terpercaya

    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN !!!

    Casinobet77 Menyediakan Permainan Terbaru & Terbaik

    Livecasino | Bolaonline | Sabungayam | PokerDomino | SpadeGaming | SlotGame | Tangkas | BatuGoncang | Jdb168 SlotGame | NumberGame Lottery

    -----------------------------------------------------------------------

    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%

    - Bonus Deposit 30% Khusus Permainan Sportbook

    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game

    - Bonus Deposit Setiap hari 5rb - 25rb

    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin

    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%

    - Bonus Cashback Game & Tangkas 5%

    - Bonus Cashback Sportbook 5%

    - Bonus Cashback Sabungayam 5%

    - Bonus Referall 2% Semua Game

    - Bonus Referall 1% dari member Togel

    Contact Us Now :

    �� Livechat Casinobet77

    �� whatsapp : +85599495431

    �� PIN BBM : D6235F1C

    �� Wechat : casinobet77cs1

    �� Line : casinobet77

    �� skype : casinobet77

    �� Link pendaftaran :lc.chat/now/8523001/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.