Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Hamil 3 Bulan Selepas Menjadi Mangsa Pemerdagangan Manusia.
Dunia digemparkan dengan kisah seorang kanak-kanak yang masih berumur 12 tahun datang memeriksa kandungannya di sebuah hospital di dalam pusat bandar Xozhou, di Daerah Jiangsu, Beijing, China. Dipetik dari laman asiantown.net, kanak-kanak itu telah hamil 3 bulan. Yang lebih mengemparkan dan mengejutkan lagi, ketika memeriksa kandungannya di hospital itu, dia ditemani oleh suami yang berumur 40 tahun.
Ketika membawa kanak-kanak itu ke hospital, lelaki yang tidak disebutkan namanya tersebut mengaku bahwa isterinya itu telah berumur 20 tahun. Namun, melihat gadis tersebut yang masih terlalu kecil dan nampak kurang selesa dengan keadaan sekitarnya, telah mendatangkan rasa curiga di kalangan kakitangan hospital. Seorang kakitangan mengatakan, ” Dia memang seorang kanak-kanak. Lelaki itu mengatakan yang dia telah berumur 20 tahun. Ini sungguh tidak masuk akal. Mungkin saja dia tak sampai 12 tahun.”
Dalam gambar yang tersebar, kanak-kanak itu memiliki perut yang mulai membesar. Ia juga memiliki stretch mark yang cukup jelas akibat perutnya yang terus membesar. Selain bersama lelaki yang mengaku sebagai suaminya, kanak-kanak tersebut datang ke hospital untuk melakukan check up bersama seorang wanita tua yang mengaku sebagai ibu mertua gadis.
Hasil scan kandungan kanak-kanak 12 tahun
Ketika diminta keterangan lebih lanjut, wanita tua yang mengaku sebagai ibu mertua mengatakan yang dia datang ke hospital itu untuk memeriksakan kandungan menantunya. Dia datang untuk memastikan bayi di kandungan menantunya itu sihat. ketika paramedik meminta keterangan lebih lanjut dari kanak-kanak itu, dia tidak boleh bercakap dengan bahasa Mandarin. Seorang paramedik mengatakan, “Dia sama sekali tak seperti wanita berusia 20 tahun. Lelaki itu mengatakan ia membawanya ke sini untuk diperiksa. Ketika kami meminta kad Pengenalannya, dia marah dan mengatakan supaya kami terus saja memeriksanya.”
Atas kejadian yang cukup mencurigakan inilah, kakitangan hospital telah menghubungi pihak polis. Lelaki yang mengaku sebagai suami dan wanita yang mengaku sebagai mertua pun ditangkap. Kanak-kanak 12 tahun yang sedang hamil, dikatakan adalah kanak-kanak yang menjadi korban pemerdagangan manusia di China. Polis mengatakankan yang kanak-kanak tersebut bukanlah warga China kerana dia tidak dapat berbahasa Mandarin.
Lelaki yang mengaku suami dan wanita yang mengaku sebagai mertua gadis ditangkap di hospital.
Dikatakan, kanak-kanak itu dibeli dari negara asing iaitu Vietnam. Perkara ini berkait dengan pemerdagangan manusia dari Vietnam ke China yang semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Kisah yang sangat tragik dan mengharukan. Diharapkan kanak-kanak itu mendapat keadilan dan kebahagiaan penuh selepas ini. Kita semua tentu berharap yang kes pemerdagangan manusia, tidak akan terjadi lagi dimana-nama sahaja.
Post a Comment