Tutup Kes Peluk Erat Pinggang Ruhainies Dengan Mendedahkan Kehamilan Adira.



Jika sebelum ini sebuah video menunjukkan beliau merangkul erat pinggang Ruhainies ketika keluar melakukan urusan profesional serta mengakui mempunyai perasaan pada pelakon itu, kini Datuk Seri Adnan Abu tampil mendakwa isteri keduanya, Adira telah membuat ujian kehamilan di rumah dan mendapati keputusan yang ditunjukkan adalah positif.


“Adira membuat ujian kehamilan dirumah menggunakan kit kehamilan, didapati Adira mengandung. Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai keadaan Adira selepas kontroversi beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Ruhainies terdedah.


Melihat kepada kronologi kenyataan Datuk Red, ramai yang mengatakan beliau seperti berdolak dalik, dimana pada awalnya beliau akui sukakan Ruhainies dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil wanita itu menjadi calon isteri ketiga. Namun dalam kenyataan lain, beliau nyatakan Ruhainies tidak menepati ciri wanita muslimah yang diinginkannya.

ditanyakan mengenai perkara itu, Dato Red memohon maaf jika beliau dilihat bertindak memutar belitkan kenyataan kepada media. Namun katanya, apa yang pasti beliau sememangnya menyukai Ruhainies tetapi pada pada masa yang sama beliau tidak pasti jika wanita itu turut mempunyai perasaan yang sama atau tidak terhadapnya.


Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan sebuah rakaman video menunjukan suami Adira keluar berduaan bersama pelakon, Ruhainies di sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Dalam rakaman itu, mereka kelihatan begitu mesra sekali sehingga saling berpegangan tangan dan dilihat Dato Red turut merangkul erat pinggang pelakon itu ketika berjalan.


Sejurus selepas video itu terdedah, Ruhainies tampil dengan kenyataan bahawa beliau merasakan dirinya diperangkap oleh Dato Red sendiri apabila visual itu secara diam dirakam dan disebarkan. Dalam kenyataan yang sama, Ruhainies turut menafikan sekerasnya mempunyai hubungan dengan suami Adira walaupun mereka kelihatan mesra didalam video itu.

No comments

Powered by Blogger.