TOLONG VIRALKAN..!!!!!Jangan sewenang2 nya memberikan kunci kereta kita kpd orang yg tak dikenali.


TOLONG VIRALKAN..!!!!!


Jam 4:30pm, Selasa - 12.07.2016, Sekitar Tempat Letak Kereta di sebelah Plaza OSK, Jalan Ampang. Saya bertiga bersama kawan.
Tadi saya didatangi 3 org lelaki berbangsa India badan bertatu berkereta Vios warna coklat no plat tak jelas sbb huruf di no plat dia dah takde (DIPATAHKAN). Block kereta saya.. Katanya kereta saya tak byr 3 bln dan nak tarik kereta saya (saya buka tingkap sikit jer) Saya pon mintak surat RO dr Bank... Tapi dia tak bagi sbb surat tu takde kt dia dan dgn nada marah dia cakap saya tak bayar kereta.. 



Dengan selamba saya call bank cakap dgn pegawai bertugas, nasib baik baru jam 4:30pm dorang jawab dan dia kata kereta awak ok xde masalah pembayaran, pegawai bank tu kata orang tu TIPU dan bank tak keluarkan SURAT TARIK (R.O) pun.. APA..???!! TIPU..???!!! Saya dgn selamba cakap KUAT2 tangkap gambar dorang kita buat report polis.. 


3 orang India tu lari duduk kt blkg kereta saya nak menyorok.. Tak dpt saya ambik gambar 3 ORANG PENIPU tu.. Dengan perlahan saya bawak kereta byr parking, saya pon blahh.. Nasib baik laa kawan saya yg duduk kt belakang sempat ambik video dorang nih... 



[Moral Of The Story]

~ Jangan buka tingkap besar2 kalau didatangi org yg tak dikenali.
~ Walaupun kita tak bayar kereta lebih 3 bln mintak org yg nak tarik kereta surat dari bank (R.O) Pastikan surat tu bertarikh pada hari kejadian.. Kadang2 surat tu sudah lama dikeluarkan. TIDAK VALID.
~ Kalau driver tu bukan owner kereta, mungkin yg bawa kereta kita tu suami kita, isteri atau anak kita, kawan kita, suruh dia call kita dulu utk pengesahan dan hubungi no kecemasan 999 utk bantuan jika ada perkara tidak diingini berlaku.

~ Jangan sewenang2 nya memberikan kunci kereta kita kpd orang yg tak dikenali.
~ Dan TENANG / SABAR semasa perkara ni berlaku. Jangan kelam kabut... Relak jerr... 




Saya mengucapkan terima kasih byk2 kepada 2 orang kawan saya semasa kejadian.. Tak perlu saya sebut nama mereka. Dan korang berhati2 semasa di tempat yg sunyi terutama perempuan.

No comments

Powered by Blogger.