TAHNIAH Buat Khairul Idham Pawi Menang Lagi! (VIDEO)



Pelumba Moto3 Honda Malaysia, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencatat sejarah apabila sebentar tadi muncul juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman.


Khairul Idham yang bermula di petak ke-20 , dilaporkan berjaya mendominasi perlumbahaan di atas trek basah itu hingga berjaya mengatasi Andrea Locatelli dan Enea Bastianini.



Kejayaan Khairul Idham yang berusia 17 tahun dari Kampung Gajah Perak itu ternyata pencapaian yang sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan. 



Sinar Harian mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaannya.



Ini merupakan kejuaraan kedua buat Khairul Idham yang sebelum ini unggul di Grand Prix Argentina, April lalu.



Ketika itu, nama Khairul begitu mashur di Malaysia selepas insiden beliau mengelak daripada semburan arak ketika meraikan kemenangannya di pentas tersebut, viral di media sosial.



Khairul Idham dalam kenyataannya hari berkata, beliau ‎bersyukur dengan kejayaannya buat kali kedua.



"Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak 'drama' saya alami dan saya terselamat dari terjatuh," kata Khairul Idham sejurus tamat perlumbaan.


No comments

Powered by Blogger.