Suami minum Dettol, buktikan cinta pada isteri


KOTA KINABALU: Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan meminum satu botol kecil cecair jenama Dettol bagi membuktikan cinta terhadap isterinya. Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, lelaki berkenaan bertindak meminum cecair berkenaan selepas bergaduh dengan isterinya dalam kejadian yang berlaku di rumah teres,  Taman Indah Permai, di sini.

“Mangsa kemudiannya pengsan dan telah dihantar ke Hospital Likas,oleh pihak polis.” “Menurut laporan awal yang dikemukan oleh doktor yang merawat mangsa di wad kecemasan Hospital Likas, mangsa dalam keadaan stabil dan boleh pulang ke rumah selepas rawatan,”katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

No comments

Powered by Blogger.