Saya Nak Keluar Rumah! – Isteri Minta Cerai Kerana Mahu Bersama Bekas Kekasih, Namun Selepas Itu…


Berkahwin dengan pilihan hati pasti menjadi impian bagi setiap pasangan yang bercinta. Namun, jodoh, rezeki dan ajal itu telah ditentukan Allah. Seseorang yang percaya kepada ketentuan pasti akan menerima takdir  dengan berlapang dada.
Kaunselor keluarga ini berkongsi kisah ketika mengendalikan satu kes dimana si isteri mahu bercerai kerana mahu berkahwin dengan kekasih lama. Sanggup dia minta cerai dan tinggalkan 3 orang anaknya. Namun sungguh tak sangka rupanya…

Isteri mahu bercerai dan berkahwin dengan kekasih lama

Klien M.
Saya ingat dia. Waktu tahun 2002, saya baru aje jadi kaunselor keluarga. Umur saya 30 tahun dan telah ada 4 orang anak yang berusia dari 2 hingga 7 tahun.
Klien M datang kerana isterinya mahu bercerai dan berkahwin dengan kekasih lama. Menurut isterinya, M bukanlah lelaki yang dia suka tetapi tersepit sebab pilihan keluarga.
Mereka dah ada 3 cahaya mata. Umur pasangan ini lebih kurang sebaya dengan saya. Saya masih ingat sewaktu M datang bersama isteri dan anak2.
Isterinya kata, abg nak jumpa kaunselor ni, abg jumpalah. Saya tak kisah. Saya hanya nak abg lepaskan saya dan saya mahu mulakan hidup baru. Dan abg jagalah anak2 abg ni. Saya nak keluar dari rumah!
Menitik air mata M. Saya menahan marah. Saya tanyakan soalan pada isterinya, apakah kehidupan yang pn bayangkan selepas penceraian?
Bahagia katanya. Saya bebas dan hidup bersama orang yang saya sayang. Saya tak mahu hidup dalam neraka.
Saya diam. M teresak2. Anak2 mula menangis.

Sewaktu melangkah keluar, anak-anak memegang kain ibunya tapi ditepis dan terus keluar

Dahlah bang. Saya nak pergi, kata isterinya. Waktu beliau melangkah keluar dari bilik saya, anak2 memegang kain ibunya. Mahu mengikut. Saya masih boleh nampak cara ibunya menepis tangan anak2 dan terus keluar.
Saya menangis. Saya tak dapat menahan sebak. Saya tewas. Anak2 memangil nama ibunya berkali2.
M bangun memujuk dan memeluk. Sambil menangis juga.
Beberapa bulan selepas itu, saya mengambil keputusan berpindah ke organisasi lain.
Hari ini saya teringat M dan anak2nya. Moga Allah yang membenarkan dugaan juga memberi kekuatan.

Tak jadi kahwin, rupanya isterinya hanya digunakan untuk memohon pinjaman

Oh ya! Bekas isteri M tidak berkahwin dengan bekas kekasihnya. Dia ditipu. Rupanya kekasih hatinya telah berkahwin dua.
Menggunakan bekas isteri M untuk memohon pinjaman yang akhirnya menyebabkan dia berhutang banyak dan akhirnya bankrup.
M memberitahu saya.
Takpalah M, barang lepas jangan dikenang, dah menjadi hak orang lain.
#khidmatmasyarakat
#notakeskaunseling

No comments

Powered by Blogger.