Pulau Pinang Banjir.


Balik Pulau: Hujan lebat sejak malam tadi dan masih belum berhenti hingga kini menyebabkan beberapa kawasan di Teluk Bahang, di sini, dilanda banjir teruk.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir itu adalah di Kampung Teluk Awak dan Kampung Nelayan yang terletak berhampiran sungai.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan ada beberapa rumah berhampiran sungai sudah ditenggelami air.
"Kita sudah menghantar anggota penyelamat ke sana untuk memberikan bantuan kepada penduduk.
"Setakat ini, kita belum menerima laporan kemalangan jiwa dan ada beberapa kawasan dinaiki air hingga paras pinggang," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 4:07 PM

No comments

Powered by Blogger.