Puasa Terakhir: Seorang Warga Emas Dibelasah Serta Cermin Kereta Dipecah Kearna Terlnggar Motosikal Di Pasar Ramadan.


Kuala Lumpur, 5 Julai: Sekumpulan lelaki menyerang warga emas yang terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, di sini, petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.

"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Rusdi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi tampil membantu mangsa dan memberikan keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.