Orang Ramai Tengah Sibuk Kenduri Dia Pula Sibuk Mencuri Dalam Bilik Taska...Mohon Sebarkan Siapa Kenal Perempuan Ini Pencuri Besar!


Satu video berdurasi lebih dua minit memaparkan seorang wanita berkaca mata dan berjubah hijau sedang menyelongkar beberapa beg dalam di sebuah Taska menjadi viral baru-baru ini.

Menerusi video perkongsian Natasha Zainal itu, wanita tersebut dilihat menceroboh masuk bilik pemilik Taska ketika berlangsung kenduri.

Natasha menulis di laman sosial Facebook, "Maaf", tak ada niat memalukan mana-mana pihak tapi kami sekeluarga perlu mencari perempuan ini, sebab benda yang dia ambil bukan sikit, mohon bantuan semua warga FB, mana-mana yang agak kenal perempuan ini boleh PM, harap sangat.

Menurut perkongsian itu lagi , Natasha berkata dia akan membuat laporan polis dan merayu pencuri itu memulangkan semula semua harta benda yang telah diambilnya dari bilik tersebut.

Video boleh lihat di bawah..


No comments

Powered by Blogger.