Kesaksian Jim Caviezel Yang Melakonkan Watak Nabi Isa Dalam "The Passion Of The Christ".

Watak Yesus dalam filem "The Passion of the Christ" telah dilakonkan oleh Jim Caviezel

Jim Caviezel adalah aktor Hollywood yang melakonkan watak Tuhan Yesus dalam filem “The Passion Of the Christ”. Berikut refleksi atas peranannya dalam filem itu.

JIM CAVIEZEL ADALAH SEORANG AKTOR BIASA DENGAN PERANAN2 KECIL DALAM FILEM2 YANG JUGA TIDAK BESAR. PERANAN TERBAIK YANG PERNAH DILAKONKANNYA (SEBELUM THE PASSION) ADALAH SEBUAH FILEM PERANG YANG BERJUDUL “ THE THIN RED LINE”. ITUPUN HANYA SALAH SATU WATAK DI ANTARA BEGITU RAMAI AKTOR BESAR YANG BERLAKON DALAM FILEM BESAR ITU.

Jim Caviezel
Dalam Thin Red Line, Jim berlakon sebagai perajurit yang berkorban demi menolong teman-temannya yang terluka dan terkepung musuh, ia berlari memancing musuh ke arah yang lain walaupun ia tahu ia akan mati, dan akhirnya musuhpun mengepung dan membunuhnya. Karisma kebaikan, keramahan, dan rela berkorbannya ini menarik perhatian Mel Gibson, yang sedang mencari aktor yang tepat untuk melakonkan konsep filem yang sudah lama disimpannya, menunggu orang yang tepat untuk memainkan peranannya.

“Saya terkejut suatu hari dikirimkan naskah sebagai pelakon utama dalam sebuah filem besar. Belum pernah saya memain peranan dalam filem besar apalagi sebagai pelakon utama. Tapi yang membuat saya lebih terkejut lagi adalah ketika tahu watak yang harus saya mainkan. Ayolah…, Dia ini Tuhan, siapa yang dapat mengetahui apa yang ada dalam fikiran Tuhan dan melakonkan wataknya? Mereka pasti bergurau.

Besok paginya saya mendapat panggilan telepon, “Hello ini, Mel,” kata suara dari telefon tersebut. “Mel siapa?” Tanya saya bingung. Saya tidak menyangka kalau itu Mel Gibson, salah satu aktor dan pengarah filem Hollywood yang terbesar. Mel kemudian meminta kami bertemu, dan saya menyanggupinya.

Saat kami bertemu, Mel kemudian menjelaskan panjang lebar tentang filem yang akan dibuatnya. Filem tentang Tuhan Yesus yang berbeza dari film-filem lain yang pernah dibuat tentang Dia. Mel juga menyatakan bahwa akan sangat sulit dalam melakonkan filem ini, salah satunya saya harus belajar bahasa dan dialek Aramaik, bahasa yang digunakan pada masa itu.

Dan Mel kemudian menatap tajam saya, dan mengatakan mengenai risiko terbesar yang mungkin akan saya hadapi. Katanya bila saya melakonkan  filem ini, mungkin akan menjadi akhir kepada karir saya sebagai aktor di Hollywood.

Sebagai manusia biasa saya menjadi gentar dengan risiko tersebut. Memang biasanya aktor yang melakonkan watak Yesus di Hollywood, tidak akan dipakai lagi dalam filem-filem lain. Ditambah kemungkinan filem ini akan dibenci oleh sekelompok orang Yahudi yang berpengaruh besar dalam industri perfileman di Hollywood . Sehingga habislah seluruh karir saya dalam dunia perfileman.


Mel Ginson (kiri), pengarah "The Passion of the Christ" 
Dalam kesenyapan menanti keputusan saya apakah jadi berlakon dalam filem itu, saya katakan padanya. “Mel apakah engkau memilihku kerana huruf depan namaku juga sama dengan Jesus Christ (Jim Caviezel), dan umurku sekarang 33 tahun, sama dengan umur Yesus Kristus saat Ia disalibkan?” Mel menggeleng kepala terkejut, menurutnya ini menjadi agak menakutkan. Dia tidak tahu akan hal itu, ataupun terluput dari perhatiannya. Dia memilih saya semata-mata kerana lakonan saya dalam “Thin Red Line”. Baiklah Mel, aku rasa itu bukan sebuah kebetulan, ini tanda panggilanku, semua orang harus memikul salibnya. Bila ia tidak mahu memikulnya maka ia akan hancur tertindih salib itu. Aku tanggung risikonya, mari kita buat filem ini!

Maka saya pun ikut terjun dalam projek filem tersebut. Dalam persiapan karakter selama berbulan-bulan saya terus bertanya-tanya, dapatkah saya melakukannya? Keraguan meliputi saya sepanjang waktu. Apa yang seorang Anak Tuhan fikirkan, rasakan, dan lakukan. Pertanyaan-pertanyaan tersebut membingungkan saya, kerana begitu banyak sumber rujukan mengenai Dia dari sudut pandang berbeza-beza.

Akhirnya hanya satu yang dapat saya lakukan, seperti yang Yesus banyak lakukan iaitu lebih banyak berdoa. Memohon tuntunan-Nya melakukan semua ini. Kerana siapalah saya ini melakonkan Dia yang begitu besar. Pada masa lalu saya bukan seorang yang mempunyai hubungan yang mendalam dengan-Nya. Saya memang lahir dari keluarga Katolik yang taat, kebiasaan-kebiasaan baik dalam keluarga memang terus mengikuti dan menjadi dasar yang baik dalam diri saya.

Saya hanyalah seorang pemuda yang bermain bola keranjang dalam liga SMA dan kampus, yang bermimpi menjadi seorang pemain NBA yang besar. Namun kecederaan yang berterusan menghentikan karir saya sebagai pemain bola keranjang. Saya sempat kecewa terhadap Tuhan, kerana kecederaan itu, seperti hancur seluruh hidup saya.

Saya kemudian mencuba nasib dalam ujibakat-ujibakat, satu tawaran lakonan watak yang sangat kecil memberi saya pengharapan bahwa seni lakonan mungkin menjadi jalan hidup saya. Kemudian saya mendalami seni lakonan dengan memasuki akademi seni lakonan, sambil sehari-hari saya terus mengejar ujibakat.

Dan kini saya telah berada di puncak lakonan saya. Benar Tuhan, Engkau yang telah merencanakan semuanya, dan membawaku sampai di sini. Engkau yang mengalihkanku dari karir di bola keranjang, menuntunku menjadi aktor, dan membuatku sampai pada titik ini. Kerana Engkau yang telah memilihku, maka apapun yang akan terjadi, terjadilah sesuai kehendak-Mu.

Saya tidak membayangkan tantangan filem ini jauh lebih sulit daripada bayangan saya.

Babak dari "The Passion of the Christ"

Disolek selama 8 jam setiap hari tanpa boleh bergerak dan tetap berdiri, saya adalah orang satu-satunya di lokasi penggambaran yang hampir tidak pernah duduk. Sungguh tersiksa menyaksikan kru yang lain duduk-duduk santai sambil minum kopi. Kostum kasar yang sangat tidak nyaman, menyebabkan gatal-gatal sepanjang hari penggambaran membuat saya sangat tertekan. Salib yang digunakan, diusahakan seasli mungkin seperti yang dipikul oleh Yesus saat itu. Saat mereka meletakkan salib itu di bahu saya, saya terkejut dan berteriak kesakitan, mereka mengira itu lakonan yang sangat baik, padahal saya sungguh-sungguh terkejut. Salib itu terlalu berat, tidak mungkin orang biasa memikulnya, namun saya mencubanya dengan sekuat tenaga.

Yang terjadi kemudian setelah dicuba berjalan, bahu saya tertanggal dari tempatnya, dan tubuh saya tertimpa salib yang sangat berat itu. Dan sayapun melolong kesakitan, minta pertolongan. Para kru mengira itu lakonan yang luar biasa, mereka tidak tahu bahawa saya dalam kecelakaan sebenarnya. Saat saya memulai memaki, menyumpah dan hampir pengsan kerana tidak tahan dengan sakitnya, maka merekapun terkejut, sedar apa yang sesungguhnya terjadi dan segera memberikan saya rawatan perubatan..

Sungguh saya merasa seperti syaitan kerana memaki dan menyumpah seperti itu, namun saya hanya manusia biasa yang tidak biasa menahannya. Saat dalam pemulihan dan penyembuhan, Mel datang pada saya. Ia bertanya apakah saya ingin melanjutkan filem ini, ia berkata ia sangat mengerti kalau saya menolak untuk melanjutkan filem itu. Saya bekata pada Mel, saya tidak tahu kalau salib yang dipikul Tuhan Yesus seberat dan menyakitkan seperti itu. Tapi kalau Tuhan Yesus mahu memikul salib itu bagi saya, maka saya akan sangat malu kalau tidak memikulnya walau sebahagian kecil saja. Mari kita teruskan filem ini. Maka mereka mengganti salib itu dengan ukuran yang lebih kecil dan dengan bahan yang lebih ringan, agar bahu saya tidak terlepas lagi, dan mengulang seluruh adegan pemikulan salib itu. Jadi yang penonton lihat didalam filem itu merupakan salib yang lebih kecil dari aslinya.

Bahagian penggambaran yang selanjutnya adalah bahagian yang mungkin paling mengerikan, baik bagi penonton dan juga bagi saya, iaitu penggambaran penyambukan Yesus. Saya merasa gementar menghadapi adegan itu, Kerana cambuk yang digunakan itu adalah sungguh-sungguh. Sementara punggung saya hanya dilindungi papan setebal 3 cm. Suatu waktu para pelakon perajurit Rom itu mencambuk dan mengenai bahagian sisi tubuh saya yang tidak terlindungi papan. Saya tersengat, berteriak kesakitan, bergulingan di tanah sambil memaki orang yang mencambuk saya. Semua kru terkejut dan segera mengerumuni saya untuk memberi pertolongan.

Tapi bahagian paling sulit, bahkan hampir gagal dibuat ialah pada bahagian penyaliban. Lokasi penggambaran di Itali sangat dingin, sedingin musim salji, para kru dan orang-orang lain harus manggunakan jaket yang sangat tebal untuk menahan dingin. Sementara saya harus telanjang dan tergantung di atas kayu salib, di atas bukit yang tertinggi di situ. Angin dari bukit itu bertiup seperti ribuan pisau menghujani tubuh saya. Saya terkena hypothermia (penyakit kedinginan yang biasa mematikan), seluruh tubuh saya lumpuh tak dapat bergerak, mulut saya gementar bergoncang tak terkendalikan. Mereka harus menghentikan penggambaran, kerana nyawa saya jadi taruhannya.

Semua tekanan, tantangan, kecelakaan dan penyakit membawa saya sungguh depresi. Adegan-adegan tersebut telah membawa saya kepada batas kemanusiaan saya. Dari adegan-keadegan lain semua kru hanya menonton dan menunggu saya sampai pada batas kemanusiaan saya, saat saya tidak mampu lagi baru mereka menghentikan adegan itu. Ini semua membawa saya pada batas-batas fizikal dan jiwa saya sebagai manusia. Saya sungguh hampir gila dan tidak tahan dengan semua itu, sehingga seringkali saya harus lari jauh dari tempat penggambaran untuk berdoa. Hanya untuk berdoa, berseru pada Tuhan bahawa saya tidak mampu lagi, memohon Dia agar memberi kekuatan bagi saya untuk melanjutkan semuanya ini. Saya tidak dapat, masih tidak dapat membayangkan bagaimana Yesus sendiri melalui semua itu, bagaimana menderitanya Dia. Dia bukan sekadar mati, tetapi mengalami penderitaan luar biasa yang panjang dan sangat menyakitkan, bagi fizikal mahupun jiwa-Nya.

Babak penyaliban dalam "the Passion of the Christ"

Dan peristiwa terakhir yang merupakan mukjizat dalam pembuatan film itu adalah saat saya ada di atas kayu salib. Saat itu tempat penggambaran mendung gelap kerana badai akan datang, kilat sabung menyabung di atas kami. Tapi Mel tidak menghentikan pengambilan gambar, kerana memang cuaca saat itu sedang ideal sama seperti yang seharusnya terjadi seperti yang diceritakan. Saya ketakutan tergantung di atas kayu salib itu, di samping kami ada di bukit yang tinggi, saya adalah objek yang paling tinggi, untuk dapat dihentam oleh halilintar. Baru saja saya berfikir ingin segera turun kerana takut pada petir, suatu kesakitan yang luar biasa menghentam saya beserta cahaya silau dan suara menggelegar sangat kencang (syaitan tidak senang dengan adanya pembuatan filem seperti ini). Dan sayapun tidak sedarkan diri.

Yang saya tahu kemudian ramai orang yang memanggil-manggil meneriakkan nama saya, saat saya membuka mata semua kru telah berkumpul di sekeliling saya, sambil berteriak-teriak “Dia sedar! Dia sedar!” (dalam keadaan seperti ini mustahil bagi manusia untuk dapat selamat dari hentaman petir yang berkekuatan berjuta-juta volt kekuatan eletrik, tapi perlindungan Tuhan terjadi di sini).

“Apa yang telah terjadi?” tanya saya. Mereka bercerita bahwa suatu halilintar telah menghentam saya di atas salib itu, sehingga mereka segera menurunkan saya dari situ. Tubuh saya menghitam kerana hangus, dan rambut saya berasap, berubah menjadi seperti gaya Don King. Sungguh suatu mujizat bahawa saya selamat dari peristiwa itu.

Melihat dan merenungkan semua itu seringkali saya bertanya, “Tuhan, apakah Engkau menginginkan filem ini dibuat? Mengapa semua kesulitan ini terjadi, apakah Engkau menginginkan filem ini untuk dihentikan?” Namun saya terus berjalan, kita harus melakukan apa yang harus kita lakukan. Selama itu benar, kita harus terus melangkah. Semuanya itu adalah ujian terhadap iman kita, agar kita tetap dekat pada-Nya, supaya iman kita tetap kuat dalam ujian.

Orang-orang bertanya bagaimana perasaan saya saat di tempat penggambaran itu melakonkan watak Yesus. Oh… itu sangat luar biasa… mengagumkan… tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Selama penggambaran filem itu ada suatu hadirat Tuhan yang kuat melingkupi kami semua, seakan-akan Tuhan sendiri berada di situ, menjadi pengarah atau menguasai saya melakonkan diri-Nya sendiri.

Itu adalah pengalaman yang tak terkatakan. Semua yang ikut terlibat dalam filem itu mengalami lawatan Tuhan dan perubahan dalam hidupnya, tidak ada yang terkecuali. Pelakon salah satu watak perajurit Rom yang mencambuk saya itu adalah seorang muslim, setelah adegan tersebut, ia menangis dan menerima Yesus sebagai Tuhannya. Adegan itu begitu menyentuhnya. Itu sungguh luar biasa. Padahal awalnya mereka datang hanya kerana untuk panggilan profesi dan pekerjaan saja, demi wang. Namun pengalaman dalam filem itu mengubahkan kami semua, pengalaman yang tidak akan terlupakan.

Dan Tuhan sungguh baik, walaupun memang filem itu menjadi kontroversi. Tapi ternyata ramalan bahwa karir saya berhenti tidak terbukti. Berkat Tuhan tetap mengalir dalam pekerjaan saya sebagai aktor. Walaupun saya harus mengatur-atur dan membatasi tawaran lakonan sejak saya berlakon dalam filem ini.

Poster filem "The Passion of the Christ"
Saya harap mereka yang menonton The Passion Of Jesus Christ, tidak melihat saya sebagai aktornya. Saya hanyalah manusia biasa yang bekerja sebagai aktor, jangan kemudian melihat saya dalam sebuah filem lain kemudian mengaitkannya dengan lakonan saya dalam The Passion dan menjadi kecewa.

Tetap pandang hanya pada Yesus saja, dan jangan lihat yang lain. Sejak banyak bergumul berdoa dalam filem itu, berdoa menjadi kebiasaan yang tak terpisahkan dalam hidup saya. Filem itu telah menyentuh dan mengubah hidup saya, saya berharap juga hal yang sama terjadi pada hidup anda. Amin.

“Tuhan Yesus memberkati kita semua”

(Dialihbahasakan dari artikel SITYB bertajuk, "Kesaksian Jim Caviezel Pemeran Yesus Dalam The Passion Of The Christ" penulisan Mimin bertarikh 8 September 2009)

No comments

Powered by Blogger.