Kantoi! Akhirnya Mira Filzah Terpaksa Dedahkan Siapa Sebenarnya Zizan Razak...!!!
Melihatkan hubungan yang semakin rapat dengan Zizan Razak, Mira Filzah dalam masa yang sama menjelaskan bahawa pelakon lelaki berkenaan bukanlah seperti apa yang digambarkan sebelum ini.
“Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan”“Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva. Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana,” jelas Mira dalam kenyataan kepada BH Online.
Tambah pelakon wanita berkenaan, Zizan juga merupakan seorang yang mengambil berat dan suka membantu. Apa pun, andai cinta berputik nanti, semoga semuanya akan baik-baik belaka
Sumber: http://beritabarupremium.blogspot.my/2016/07/kantoi-akhirnya-mira-filzah-terpaksa.html
Post a Comment