Ini Jawapan Pedas CM Lim Guan Eng Kepada Najib Terhadap Tuduhan Rasuah Ke Atasnya.


BN Mahu Memenjarakan Saya Selama 20 Tahun Untuk Kesalahan Rasuah Yang Tidak Wujud Kerana Meluluskan Pengezonan Semula Sebidang Tanah Di Balik Pulau Daripada Tanah Pertanian Kepada Tanah Perumahan Yang Mana Ia Masih Kekal Sebagai Tanah Pertanian Kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang Telah Menolak Pengezonan Semula Kepada Tanah Perumahan Dan Sama Sekali Tidak Berkaitan Dengan Penjualan Tanah Taman Manggis.

Apabila Barisan Nasional (BN) dan Menteri BN melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran untuk kononnya ia sebagai skandal rasuah kerana membeli rumah banglo dengan harga yang murah, mereka mengaitkan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital dan mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah untuk golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali mengulanginya bahawa Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial dan bahawa ia tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Maggis telah dijual kepada pembida paling tinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.


Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan bahawa konspirasi politik Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan sahaja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik. Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung dengan Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Abdul Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekaligus membuktikan pembohongan BN.

Sebaliknya, saya didakwa untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Maggis kepada KLIDC. Saya berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.

Apakah faedah atau rasuah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian? Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1.12.2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan. Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.

Di mana kelebihan yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun demikian saya berdepan hukuman penjara 20 tahun apabila tiada kelebihan diterima MESB! Berbeza dengan hutang RM50 bilion dari skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan sahaja jelas merupakan kelebihan yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam telah digunakan, namun tiada seorang pun telah dihukum atau ditahan kerana rasuah!

LIM GUAN ENG

No comments

Powered by Blogger.