Ditinggalkan Kekasih Kerana Gemuk, Gadis Ini Jumpa Cinta Sejati & Nekad Berubah.. Exboyfriend Terngangah.
Kecantikan dan ketampanan tak seharusnya dijadikan faktor utama dalam pencarian pasangan, bagaimana cantik dan tampan pun lama kelamaan akan pudar juga. Kami percaya lelaki yang hanya memandang kecantikan perasaannya mudah pudar dan berubah lebih-lebih lagi jika jumpa wanita yang lagi cantik. Betul tak?
Seperti dilalui si gadis cun ini, beliau pernah ditinggalkan kekasih tanpa sebarang kata putus hanya kerana gemuk. Namun, apa yang terjadi kepada gadis ini selepas itu sungguh tak disangka. Kurus dan cantik weh!
Ditinggalkan tanpa sebarang kata putus kerana gemuk
Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan. Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha… Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. Aku cuma sedar apabila dia bawa sorang perempuan lain jumpa mak dia. Start dari hari tu aku sms & call direjectnya. Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian. *puihhh*Di saat aku gemuk, berat mencecah 90kg. Seorang lagi insan bernama Rafi *kali ni nama sebenar* menerima aku, menyayangi aku & memberi sepenuh perhatian kepada aku. Dia sangat-sangat menghargai aku. Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet, kuruskan badan dan sewaktu dengannya. Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gituh!!! hahaha. *manja sangat*
Dari tshirt XXL sekarang dah saiz S, cantik!
Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram, sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenis hg meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya*. Maklumlah dia kenai aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan. Dari berat aku 90kg sampai sekarang 58kg, dari tshirt size XXL sampai S, dari baju kurung size 46 sampai 36, dari seluaq size 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi.Mamat pernah “try” aku balik bila dia tengok aku kurus. Ya aku pernah layan Mamat. Untuk apa? Untuk buat mamat rasa apa yang aku rasa. Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka mamat. To my dear MatRafi, Iloveyou so much ihiks *aku jadi macam sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Matrafi tupun yang pada mulanya jadi penghalang no 1*
sumber: Farziara Lee
Post a Comment