Awie Jual Arak Sara Keluarga.


Othman Misbun, bekas abang ipar kepada Awie telah mendedahkan bahawa penyanyi rock tersebut mempunyai sebuah kelab malam di Ipoh yang diberi nama Malai Rock Station Bistro di hadapanHakim Syarie Ibrahim Deris. Othman Misbun yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berkata, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut itu kira-kira 4 tahun lalu. Menurut Othman, sumber kewangan yang diperolehi oleh Awie menerusi perniagaannya itu tidak sesuai dijadikan nafkah anak kerana kelab malam tersebut turut sama menyediakan arak.
Kata Othman Misbun:-
Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut. Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya

Bila kes dah masuk mahkamah, memang segala apa yang rahsia sebelum ini akan terbongkar, lebih-lebih apabila kes untuk penjagaan anak. Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan segera. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.

No comments

Powered by Blogger.